Monday 12 November 2012

masih ada

kau masih ada buat aku ketawa
kau masih ada teman aku tidur
kau masih ada sayang aku
kau masih ada untuk diri aku
kau masih ada untuk jaga aku
kau masih ada percaya pada aku
kau masih ada dengan aku
memang sukar dipisah
jangan dipisah hingga ke syurga..

Friday 9 November 2012

terima kasih

ya.
aku tidak percaya kata orang luar lagi
peduli mulut org
selagi tak mati mulutnya biarkan
aku sudah menemu jawapan 
kau terbaik sebenarnya.
terima kasih aku ucapkan
terima kasih *senyum


hari ini

menanti hari result exam keluar
berdebar jantung mahu gugur dari rantingnya
subuh tiba huru hara mencari
akhirnya sempurna
jantung tidak gugur
masih kuat dirantingnya
Alhamdulillah..

Wednesday 7 November 2012

puas

bila sudah tiada rasa 
bila sudah puas diratah
bila sudah puas dihenyak
bila sudah puas dicantas
bila sudah puas dipijak

kau pergi sambil ketawa..

janji

janji jangan ditinggal
janji jangan dimarah
janji jangan ditipu
janji jangan dicurang
janji jangan dimaki
janji jangan diubah
janji jangan disakiti
janji, aku janji.. sudah aku tunaikan..
kau dimana?? main lari lari, berkejaran bersulam ketawa
aku hanya mampu berjalan bersulam air mata, sesak.

sengaja

sengaja di uji kesabaran
"bodoh" mendapat

 sengaja di manja
"tiada masa"mendapat

sengaja di sakit
"makan ubat" itu aja??

sengaja menangis
"rehat dulu" mendapat

sengaja merajuk
"lantaklah" mendapat

sengaja bergurau
"gaduh" mendapat

semua serba salah..
sudah di jaga hatinya, dijaga dirinya, ditunai permintaannya, disayang hatinya,
itu mendapat..




kau suka kata aku

kau suka kata aku..
aku baik laa
aku manja la
aku sweet la
aku penjaga terbaik
aku lah kawan baik kau
aku lah sayang kau
aku lah semuanya..
dulu.. masa disayang, semua pahit dimanis kan..

kau suka kata aku..
aku jahat
aku baran
aku perosak
aku pentingkan diri
aku lah musuh kau
aku lah si BODOH
aku lah si Setan
aku PENDENDAM
aku siBusuk hati..
kini.. masa dibenci, semua pahit lagi dipahitkan..
semua manis sudah di pupuskan..

kata kau "wa tabik sama lu DOH"

Tuesday 6 November 2012

pahit rasanya

dibaca perbualan kita 2345 bilangannya.
dari manis ke pahit, dari pahit kemanis
di akhiri dengan pahit rasanya..
adakah itu kau?
aku tau itu bukan kau.
tapi kau jadikan itu kau.
adakah salah aku?
ya, salah aku sampai membuat kan ego kau tersasar dari garisan
memang kita manusia kadang kadang perlu mengalah
tapi aku sudah puas mengalah..
mana kau..? mana?
masih bermain lari lari?
aku sudah penat menggagah tulang rusukku.
yang di pijak, di henyak, di cantas sehingga berkecai sepai, terpecah belah..
penat aku mengejarmu..
takkan ada apa yang mampu buat kau pulang, bila sudah tiada rasa bikinlah apa tetap kau terbang..
kini aku rehat untuk seketika untuk melihat sehingga mana kau mahu berlari..

ya, aku maafkan kau.. jangan di takut..
mana wujud sempurna pada manusia..
aku kini,
perlu tabah
perlu gagah
usah resah
usah goyah..

aku punya hati dan perasaan


ye, memang aku ni jahat

ye, memang aku ni pemusnah

ye, memang aku ni siBodoh

ye, memang aku suka dihenyak

ye, memang aku ni suka dicantas

ye, memang aku ni suka dipijak

tapi.. aku ni punya hati dan perasaan..

tiada lagi


tiada lagi senyum
tiada lagi nangis
tiada lagi selamat malam
tiada lagi selamat pagi
tiada lagi bersatu
tiada lagi berdua
tiada lagi gurau
tiada lagi serius
tiada lagi kasih
tiada lagi sayang
tiada lagi manja
tiada lagi mengada
tiada lagi gem**
tiada lagi **mok
mungkin satu hari nanti akan ada.. tapi bukan dengan kau lagi…

*kisah seorang yang hilang sang peneman..

s.a

Monday 5 November 2012

bukan aku

bukan aku 
untuk kau jadikan permainan

bukan aku 
untuk kau jadikan sampah

bukan aku 
untuk kau jadikan siBodoh

bukan aku 
untuk kau jadikan tempat berteduh

bukan aku 
untuk kau jadikan kain untuk kau bersihkan Kaki kau

bukan aku 
untuk kau jadikan tempat ludah kemarahan kau


bukan aku...
maaf bukan aku..

Sunday 4 November 2012

malam tadi


malam tadi, 
kau kabarkan segalanya

malam tadi,
 kau buat aku rasa bodoh

malam tadi, 
kau buat aku menangis

malam tadi, 
kau buat aku terhina

malam tadi, 
kau buat aku jatuh

malam tadi, 
kau buat aku ranap

malam tadi, 
kau buat aku sesak

malam tadi, 
kau serabutkan jantung aku

malam tadi, 
kau buat aku mati

malam tadi..

aku harap malam tadi sahaja..

berjaga jaga


dijaga hati sendiri dahulu
sebelum dijaga hati org lain

dijaga diri sendiri dahulu
sebelum dijaga org lain

bukan disuruh pentingkan diri sendiri

tapi,

disuruh berhati hati sebelum disakiti


Friday 2 November 2012

menulis

bila semua menulis
sekadar kerana.
dan bila semua menulis
demi semata.

kalaulah diketahui yang menulis itu
bukan sekadar demi kerana semata.

menulis;
adalah menghiris halus hati
lalu memerah limau membisa ngilu--
dan bercerita tentangnya satu persatu.

bukan sekadar demi kerana semata.



menulis, biar jujur. kalau tak termampu, usah.


: Fynn Jamal